20 June 2011

Perodua Myvi 2011. Lagi best?!

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia. Dah tiba masanye kita memperlihatkan Myvi Edisi baru setelah 5thun pengeluaran jenama Myvi (betolkan klu silap). Tiba-tiba tergerak hati nak buat entri pasal Myvi ni sebab apa? Sebab aku pun pengguna Myvi jugak haha. Yang aku xpuas hati nye aku baru je kuar Myvi SE bulan Januari lepas. 


Memang menyesal pon ada jugakla. Nengokla gambar kat bawah ni. Memang lagi best siap ada GPS sekali. 



Tapi nantikan kehebatanya sama tak dengan Myvi SE Putih ni.


Haha..nila rupe bentuk Myvi aku sekarang. Memang orang kata standard gaban la. Tunggu satu mase nnti.
Tapi ser menyesal lagi ni. Bole swap dengan yang baru tak ye. Haha =).

Untuk Maklumat Lanjut silalah rajin2 kan diri layari:





Ibu Mengandung Sensitif?

Pejam celik sekarang ni isteri aku dah hamil 6 bulan. Memang pengalaman baru bagi aku melayan karenah ibu mengandung ni. Memang menyoronokan :). Al Maklumla aku pun di besarkan oleh mak aku tak sempat plak nak mengandung lagi. Klu tidak, sempat jugak aku main-main perot mak aku (dolu-dolu) macam aku main perot isteri aku sekarang ni haha.

Memang bile isteri kita mengandung kita mesti berikan dorongan yang kuat tok dia ni. Al maklumla dia yg membawak baby kitekan. Memang keadaan emosinya tak bape nak stabil sangat, lagi2 bila balik dari kuar jalan2 or makan kat kedai makan. Bila nk balik rumah je mmg confirm tercungap2 bile naik tangga nk balik rumah. So maknenye kat sini janganla beli rumah tingkat tinggi2 sangat. Kesian pulak kat isteri korang bile time pregnant nanti. Sebagai suami kenela bersabar sikitla ye.

Sekarang ni dah masuk 6 bulan, agak2 korang dah ghupa macam mane pewot isteri aku kan. Mmg tak boleh disangka isteri aku ni pregnant pada mula2 dulu sekitar 1-4 bulan. rupe pewotnye tetap maintain. Bile masuk 5 bulan je, GEDEBOOOK!! kaw pewot terus kedepan haha..Jadi skarang ni aku rasa pewot aku yg dulu dikatakan boroi oleh rakan2 office kembali surut bile dicomparekan dengan isteri aku.. Bangga sekejapla. :)



Gambar diatas ni tak ada kene mengena pon ngn kitorang. Aku songlap jap dari pakcik google. Ni cume gambaran je cane pewot aku mase dulu-dulu..haha. jadi aku sarankan pada kawan2 yg belom berkahwin tu bersegerala menuju kealam perkahwinan. Memang menyeronokkan. Tak caya tanya mak ayah korang.

Road Tax Kereta Paling Mahal

Ha.. Korang klu nak beli luxury or sport car aku nasihatkan korang check le dulu bape road tax kete tu. Ada membe opis aku foward satu email ni aku pon nk share jugak le kat sume. haha. Memang menakjubkan klu di pikir2 balik bayor roadtax kete ni jek da le bayo sebijik rumah kot. Ade jugak yg boleh bayo sebijik kereta Myvi aku.hahaha. Antara yg menarik ni :-

walau roadtax RM 70 tapi expried 5011 korang bayangkan harga dia bape >>> RM 210,000



Jadi korang pikirla dulu korang mampu ke nk bayo roadtax kete2 pilihan korang. Kepada pemilik kete2 ni aku memang betol respect korang haha. Tunggu kemuculan Myvi aku bertukar jadi Caldina GT-4 plak pas ni haha..




08 March 2011

Blackberry Storm 2

Baru tadi nak usha-usha hand phone baru, sebab dah lama sangat aku tak tukar hand phone sejak hp lame aku Nokia 6630 tu rosak. Sekarang ni pakai handphone CSL je yang jual cuma RM60. Haha. Kesian pon ade aku nengok. 


Memang dah lame aku berhajat nak beli Blackberry ni memandangkan segala-galanya tersangatla exclusive termasukla pricenye skali aku postpone jela niat aku ni. Ngk dekat wishlist aku ni mmg da cukup nazakla ni. 
Mai nengok kt Youtube ni mmg Blackberry Storm style gile.


Bila la aku nak pakai hp macamni. Dapat blackberry curve pon jadila huhu..

Dah Kahwen da aku skang..

Peh!! Memang lame gile tak update blog aku ni. Ntah macamane tergerak hati nak update balik. Diam tak diam kami dah berkahwin hampir empat bulan. Dan sekarang ni aku da bergelar suami orang. Tak sempat nk ucapkan ribuan terima kasih pada kaum keluarga dan sahabat handai kerana menjayakan majlis perkahwinan kami berdua. Syok gile2!!. Kepada kawan2 yg belom berkahwin pasang-pasangla niat nak kahwin cepat. Antara gambar yg menarik kat bawah ni.



Dan lagi mengejutkan tak lame lagi aku bakal jadi seorang Daddy pada baby comel yg akan muncul xlame lagi. Wah kejutan demi kujutan aku bagikan. Hehe maklumla hidup ni kene selambe jek. Ngok2 kawan-kawan sekolah menengah dulu ramai jugak yg belom kahwin tapi sekarang aku da nak jadi Ayah dah. Betol-betol tak sangka rezki ALLAH SAW berikan pada kami. Mudah-mudahan ikatan perhubungan kami lebih erat lagi hasil dari insan yg ketiga. InsyaALLAH. Hehe sukanya hati. YAhooo!! Mak xlame lagi man jadi bapak budak dah.

30 August 2010

Kursus Perkahwinan

syokkahwin.com
Lagi beberapa bulan kami akan melangsungkan perkahwinan. Ha..tapi aku masih lagi belum pergi kursus kahwin ni. Dulu mase kat primary secondary school aku dah amek Sijil Darjah Khas kt Johor..Then ingatkan mase tu  xpayah dah amek kursus kahwin sebab dah ada sijil darjah Khas tu. Tapi skang ni kene amek jugak kursus tu. Ternyata jangkaan aku melesetla. InsyaAllah pas raye ni aku pegi amek. Cik Tunang dah amek awal2 dah dgn kawan2nya..huhu T_T sampai hati tak pegi sama2..Mmg Kitorang plan nak pegi same, tpi disebabkan jarak yg memisahkan kami terpaksala amek kursus yg berasing. 

29 August 2010

My Wedding Checklist

Daisypath Wedding tickers


Sebelum Bernikah - Lelaki

Kursus Perkahwinan
Isi borang
Surat Akuan Bujang (diri sendiri)
Ujian HIV
Kad Jemputan Kahwin
Kos mendaftar - ??
Banner Kawen 2 set
Bunga Manggar
Signboard rumah

Sebelum Bernikah - Perempuan

Kursus Perkahwinan
Isi borang
Ujian HIV
Kad Jemputan Kahwin
Banner Kawen 2 set
Bunga Manggar
Signboard rumah

Pernikahan

Baju Nikah
Derma Tok Kadi
Gelang (",)

Barang hantaran kepada Lelaki

Cincin
Sirih junjung
Buah-buahan
Cup cakes
Tafsir Al-Quran - Sejadah
Perfume
One Set belt & Wallet
Kasut
Jam
Coklat and Potpuri

Barang hantaran kepada Perempuan

Mas Kahwin
Gelang
Al-Quran and Sejadah
Buah-buahan
Kek
Kasut and Handbag
Jam tangan
Perfume
Tepak Sirih @ Innershine Brand

Majlis Kahwin - Lelaki

Jurufoto/Videografi
Blog web perkahwinan
Mak Andam - Payung - Gerbang
Pelamin - Kak Ogy
Khemah/Canopy - follow up MPT
Jamuan
Bunga pahar (pelamin)
Kek Pengantin
Cadar Katil
Hiasan bilik tidur - kak Ogy
Solekan Pengapit
Baju Pengapit

Majlis Kahwin - Perempuan

Jurufoto/Videografi
Mak Andam - Payung - Gerbang
Pelamin
Khemah/Canopy - follow up MPT
Jamuan
Bunga pahar (pelamin)
Kek Pengantin
Cadar Katil
Hiasan bilik tidur
Solekan Pengapit
Baju Pengapit

Hiburan

Kompang - Abg Sponser Felcra
Silat pengantin - Abg Sponser
Zapin

Sistem PA

Satu set sistem PA
DJ / MC
Karaoke

Bulan Madu

Lokasi Percutian - Pulau Perhentian
Hotel/Tiket - Kak Lily Sponser

Lain - lain - Lelaki

Bunga Tangan (fresh flower)
Bekas Renjis
Pintu Gerbang

Lain - lain - Perempuan

Berinai - Tangan/Kaki
Bunga Tangan (fresh flower)
Bekas Renjis
Pintu Gerbang

Door Gift - Lelaki
Sapu Tangan
MUG
-
-

Door Gift - Perempuan
Sapu Tangan
MUG
-
-

Tolong klik kat bawah ni sekejap ye. TQ :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

©2011 Hak Cipta Terpelihara Mannabo yg Empunya Blog ini